Translation Services

PENGIJAZAHAN ANGKATAN KEDUA (2) 1431H SENI GERAK RAHSIA BATIN (SILAT AL-FATIH)

LATIHAN

KUMPULAN LATIHAN

Untuk memudahkan proses latihan, SILAT AL-FATIH membahagikan latihan kepada Tiga (3) kumpulan iaitu :

1) REMAJA

13 tahun – 20 tahun

2) BELIA

21 tahun – 50 tahun

3) WARGA EMAS

51 Tahun dan ke atas


WAKTU LATIHAN

HARI : Jumaat (Malam Sabtu)

MASA : 05.00 malam – 11.00 malam

Pengisian merangkumi tiga (3) aspek utama yang wajib bagi setiap ikhwan iaitu silibus ilmu, amal & latihan dalam upaya melahirkan ikhwan Silat Al-Fatih yang sempurna dari pelbagai potensi jati diri.


JADUAL:

04.30 Petang :

Solat Asar (berjemaah)

Majlis Silaturrahim


06.00 Petang :

Ijtima' Haylalah


07.15 Malam :

Solat Maghrib (berjemaah)

Kuliah Fardhu 'Ain (teori & praktikal)


08.15 Malam :

Solat Isya' (berjemaah)

Solat Hajat & Wirid Ayat Empat (4) Tijaniyah


09.00 Malam :

Latihan Silat Al-Fatih

Jadual Alternatif akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.


METODOLOGI LATIHAN

Suatu keunikan bagi SMAC kerana ia melibatkan sebuah proses latihan yang sangat menitik beratkan soal persekitaran dan tempat, cuaca dan iklim, waktu dan sebagainya dalam segala aspek latihan yang dijalankan. Ini bagi memastikan pelatih Silat Al-Fatih akan benar-benar kebal terhadap segala situasi dan kondisi apabila berhadapan situasi sebenar dalam pertempuran. Kaedah latihan di bahagikan kepada dua (2) iaitu :

1) DALAMAN (in-door)

Latihan ini di jalankan di dalam dewan SMAC.


2) LUARAN (out-door)

Latihan ini di jalankan di luar dewan merangkumi daratan dan air seperti kawasan padang, pantai, air terjun, hutan belantara, bukit-bukau, sawah padi dan sebagainya. Begitu juga pendedahan terhadap suasana seperti malam dan siang serta cuaca panas dan hujan.


BENTUK LATIHAN

Pada prinsipnya latihan yang disediakan melibatkan eksplorasi empat (4) potensi insan iaitu :

1) POTENSI JASMANI (Physical Quotient – PQ)

2) POTENSI AKAL (Intelelligence Quotient – IQ)

3) POTENSI JIWA (Emotional Quotient – EQ)

4) POTENSI ROHANI (Spiritual Quotient – SQ)


Ikhwan Silat Al-Fatih dipastikan menguasai seluruh elemen berkenaan bagi pembinaan diri yang gemilang dalam semua lapangan duniawi dan ukhrawi. Ia tidak hanya terbatas kepada aspek bela diri semata-mata malah dalam rangka mencipta jati diri yang hakiki, pelbagai rahsia kemampuan zahir dan batin 'ubudiyah diteroka dan direkonstruksikan secara menyeluruh agar dapat dimanfaatkan dalam segala kehidupan.